Followers

1malaysia

Friday, 19 August 2011

150 juta kali lagi...

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena

Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

-Fynn Jamal-

Artikel seorang pelajar.. Bacalah Dengan Nama Allah..

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil, cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus. Demonstrasi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik disapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS. Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan. Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains.Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin(Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas Terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidakkah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia, pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT.Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan. Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa system khalifah / daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah. Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sistem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc.. tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus.. Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahajakah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan ditolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri dari segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana, kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahanan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah.

Oleh : Rahman Kadir

Sumber: Anak Seberang

Tuesday, 16 August 2011

Sebahagian Laporan Jais

1. PENDAHALUAN
Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Pengutkuasaan Jabatan Agama ISlam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa di gereja yang dinamakan “THanksgivng Dinner” sepertimana alamat di atas.
2.2 Tindakan dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995 iaitu Menghina atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan penganut Agama Islam sendiri.
2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.
2.4 Program Thanksgiving Dinner ini disyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam sendiri.
2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya dan SEA PArk.
3. PELAKSANAAN OPERASI
3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.
3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.
3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.
3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk komleks komuniti yang diletakkan tanda nama Dream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.
3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhampiran pintu masuk dewan berkenaan sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut.
3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mendengar seorang sedang berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.
3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag bajunya “Sofea” dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan itu diteruskan.
3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut.
3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun Sofea dan seorang “tetamunya” cuba berdolak dalik dan cuba berhujah serta mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian. Mereka juga berhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan Islan tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami jelaskan undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.
3.10 Kami seterusnya meminta buku pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak dihadhiri oleh orang beragama Islam.
3.11 Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat pendaftaran dari penganjur, tidak mendapatkan kerjasama dari pihak penganjur dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif program. Terdapat unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut iaitu nyanyian lagu – Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif sepertimana dilampirkan.
3.12 Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz tersebut dilampirkan. Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut.
3.13 Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada dewan tersebut.
3.14 Semasa masuk ke dalam dewan 3 tersebut bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati terdapat cebisan kertas soalan yang telah dikoyakkan dan disi oleh peserta di dalam tong sampah tersebut dan kami telah mengambilnya untuk dijadikan bahan bukti (Lampiran sepertimana dalam plastik rampasan barang kes).
3.15 Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan):
i) Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094)
ii) Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)
iii) Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018)
iv) Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609).
v) Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778).
vi) Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).
viii)Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045).
ix) Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478)
x) Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072)
xi) Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246)
3.16 Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil.
Menurut blog The Unspinners, laporan di atas hanya sebahagian daripada laporan penuh, pendedahan selanjutnya akan dilakukan selepas ini.

Monday, 15 August 2011

Kepada Umat Islam bacalah hadith ini...

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, samaada dengan cepat atau dilambatkan sedikit".
(HR Tirmizi)

Kepada seluruh umat manusia bacalah hadith ini....

Rasulullah SAW bersabda :
إِنَّ إِبْلِيسَ ، قَالَ : أَيْ رَبِّ ، لاَ أَزَالُ أُغْوِي بَنِي آدَمَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ،
Sesungguhnya iblis pernah berkata: Wahai Tuhan, aku akan sentiasa menyesatkan anak Adam selama mana ruh-ruh mereka berada di dalam badan mereka

قَالَ : فَقَالَ الرَّبُّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : وَعِزَّتِي وَجَلاَلِي لاَ أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي
Nabi bersabda, maka Tuhan Tabaraka wa Ta‘ala berfirman: Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, aku akan sentiasa mengampuni untuk mereka selama mana mereka meminta ampun kepadaKu.

-Hadith Qudsi-

Daripada Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

(Sinar Harian 15 Ogos 2011)

Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama sengaja diperbesar-besar untuk meraih simpati, seolah-olah mereka ditindas, tidak bersalah dan tidak diberikan hak. Tindakan Jais dipersalahkan seratus peratus. Mereka sahaja yang betul dan suci. Licik sungguh perancangan ultra kiasu ini.

Awalnya saya cuba bersangka baik terhadap mereka ini demi dakwah, tetapi berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam NGO, amat sukar rasanya untuk berbuat demikian memikirkan betapa liciknya mereka ini. Untuk menutup kelemahan, maka kehebatan merekapun ditonjolkan seperti sumbangan keluarga La Sallian, Mother Theresa, Gerakan Methodist dan Catholic dan sebagainya. Bacalah rencana meloyakan ini dalam laman-laman pro-mereka.

Saya tidak menafikan sumbangan semua kaum di negara tercinta ini. Tetapi jika semuanya mahu berkira, elok kita melakukan kira-kira dan tolak campur untuk melihat siapakah yang memberi lebih banyak sumbangan?

Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi oleh perlembagaan persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam. Selama ini kita tidak pernah bertindak kejam terhadap bukan Islam. Begitulah berhikmahnya kita dalam menjaga bukan Islam dan hak mereka, sehingga hak sendiri terabai.

Oleh kerana pihak Kristian terlalu banyak bercakap soal sumbangan, sempena bulan kemerdekaan ini mari kita nilai sumbangan siapakah yang paling besar kepada negara tercinta ini, supaya kita tidak terlalu terhutang budi dan terjebak dalam perangkap mereka. Gerakan mereka ditaja oleh missionari antarabangsa.

Setelah dicongak-congak, pada hemat saya, sumbangan pribumi Melayu Islamlah yang paling besar. Tidakkah toleransi Melayu Islam hari ini yang menyebabkan orang lain boleh jadi kaya raya dan mengamalkan agama mereka seolah-olah negara ini bukan lagi negara Islam? Sumbangan yang tidak ada tolok bandingnya adalah sumbangan memerdekakan negara tercinta ini daripada penjajah berniat jahat membawa mesej gold, glory dan gospel (3G) serta ancaman komunis. Saya tidak fikir orang Melayu Islam tidak boleh mengurus estet, lombong dan bandar jika ditakdirkan tidak berlaku penghijrahan ketika itu.

Bacalah bersama sejarah mengenai kebangkitan nasionalisme. Tokoh-tokoh Melayu dan bumiputera seperti Penghulu Dol Said, Naning (1831-32), Raja Mahadi, Selangor (1867-74), Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut, Perak (1875), Tengku Antah, Negeri Sembilan (1875-76), Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau, Pahang (1891-95), Sharif Masahor, Rentap, Banting (1853-1908), Mat Salleh, Antanum, Sabah (1894-1905), Tok Janggut, Kelantan (1915), Abdul Rahman Limbung (1921-28) dan banyak lagi tokoh-tokoh yang boleh ditonjolkan akan besarnya sumbangan mereka menentang 3G tersebut. Siapa pula tokoh-tokoh yang menentang komunis?

Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga 1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah Melayu.Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an, detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi. Maka, sebagai syarat, kemerdekaan hanya diberikan jika Melayu dapat menerima bukan Melayu. Sebagai timbal balik hak-hak istimewa Melayu diberikan dan kedudukan agama Islam dilindungi. Penjajah sedar ‘dosa besar’ yang mereka telah lakukan. Penyatuan antara kaum hanya alasan British sahaja. Jika ketiga-tiga kaum ini tidak bersatupun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke peringkat puncak.

Bayangkan ketika Melayu Islam berkeras untuk tidak menerima bukan Melayu. Selepas merdeka, apakah nasib bukan Melayu ketika itu? Tetapi inilah kebaikan Melayu Islam yang kita tidak boleh lupakan sama sekali, malah seumur hidup. Kini, sewenang-wenang kita mahu melupakan jasa-jasa mereka, dengan menonjolkan sumbangan La Sallian, Mother Theresa dan gereja yang lain. Tidak cukupkah kebebasan beragama yang dibenarkan tanpa had? Masih tidak bersyukur? Di negara China, etnik Cina Islam Uighur dilarang menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Pernahkah kerajaan Malaysia bertindak sedemikian kepada minoriti di sini? Jangan terlalu besar kepala.

Satu lagi, orang Melayulah yang paling berani dan merasa kesakitan yang amat sangat ketika menentang Malayan Union. Jika benar, bukan Melayu mahu bersama-sama menyumbangkan jasa memerdekakan negara, kenapa Malayan Union tidak ditentang? Jawapannya mudah, Malayan Union menguntungkan mereka. Ditakdirkan Malayan Union berjaya, maka hancurlah orang Melayu, bermaharajalelalah mereka ketika itu. Bertambah cepatlah negara ini menjadi negara Kristian.

Janganlah terlalu menonjolkan sumbangan yang kecil untuk mengaburi sumbangan yang besar. Bangkai gajah tidak akan dapat dilenyapkan oleh bangkai nyamuk. Kecuali gajah itu sendiri yang melenyapkan bangkainya, sehingga bangkai nyamuk menjadi perhatian. Bangkai nyamuk inilah yang diperbesar-besarkan.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao janganlah terlalu biadab mengeluarkan kenyataan tanpa mendengar dahulu penjelasan Jais. Saya sudah dapat menjangkakan pendirian ini, jika ditakdirkan kenyataan itu tidak dikeluarkan. Jais dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang. Apakah majlis tersebut benar-benar makan malam? Atau ada udang di sebalik batu? Janganlah menipu. Saya tidak nampak tindakan Jais melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.

Menurut A. Kadir Jasin, tiada siapa yang menafikan bahawa bukan Melayu juga menyumbang kepada perkembangan dan kematangan ekonomi negara, tetapi ia berasaskan kepada prinsip keuntungan. Mereka menyumbang kepada perkembangan ekonomi kerana suasana politik yang stabil sejak 1969 membolehkan mereka meraih keuntungan yang besar daripada apa yang mereka laburkan. It is not altruism - bukan sumbangan percuma yang tidak mengharapkan sebarang alasan! Mari kita hadapi realiti. Selain Singapura yang berupa negara kecil dan majoriti penduduknya Cina, tidak ada tempat lain di dunia di mana orang Cina mempunyai kuasa politik yang begitu luas serta memonopoli ekonomi selain daripada di bumi Malaysia ini. Pilihan raya demi pilihan raya membuktikan bahawa yang menjadi tonggak Barisan Nasional adalah orang Melayu dan Bumiputera lain. Malah majoriti calon bukan Melayu BN yang menang pilihan raya menang di kawasan majoriti Melayu Islam.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan dan toleransi Melayu Islam. Orang lain bagaimana pula? Misalnya, kerajaan negeri Perak meminta Ipoh Hindu Devastana Paripalana Sabah menyerahkan lebih kurang setengah ekar tanah rizab perkuburan Hindu di Buntong bagi tujuan pembinaan sebuah krematorium moden bagi masyarakat bukan Islam. Idea ini ditentang habis-habisan secara bersepadu. Berita ini disensasikan. Bila tanah rezab mereka diambil sedikit, heboh satu dunia. Tetapi sedarkah kita berapa banyak tanah rezab Melayu yang telah tergadai? Melayu tetap diam, tidak pernah bisingpun. Malangnya sungguh jadi Melayu, hak dan maruah telah tergadai, masih terus berlembut. Orang lain pantang diusik. Ini nasib Melayu di bumi Melayu.

15 Ramadan...

Salam 2 all..

Alhamdulillah, setengah bulan kite berpose.. kejap n begitu pantas masa berlalu.. dan bermcam2 rencah dunia di lalui.. kepada anda semua.. mama n panglima putih n saya sendiri.. terus kan perjuangan, wlu ujian terlalu teramat pahit utk di telan..selagi bernafas, selagi itu kene bertahan dan bersabar.. Allah xpnh menzalimi hambanya.. dan Allah sentiasa bersama org yg bersabar..

kdg2 ckap mmg senang, tapi yg tanggung hanya diri kite, Allah yg tahu perit nya satu2 ujian itu.. ngan sapa lagi tempat utk mengadu.. dgn sapa lagi utk meluahkan perasaan.. plg kuat org blh tlg bg nasihat adalah 'sabar'.. dan sabar dan sabar dan sabar.. tapi sampai bila kan kesabaran tu.. sampailah kite betul2 redho setiap ketentuan itu dan pasrah kpada Maha Pencipta.. dan disebalik keredhoan itu lah dtg nya pertolongan Allah dari setiap sudut tanpa kite sedari.. dan paling berharga, kdg2 kite rasa kan cukup manis nye iman di waktu solat... kite lupa masalah kita seketika.. itulah Anugerah Allah tanpa kite sedari..

Pabila kite tenggelam arus dugaan, kita cari Allah.. tapi bila kite dlm senang, tenteram, bahgia, kdg2 kite lupa Allah.. sbb tu Allah uji kita agar kite selalu ingati Nya.. Jadi ingat la Allah selalu.. Waallahu A'lam...

Thursday, 11 August 2011

Demi Masa. Sesungguh nya Manusia Itu Dalam Kerugian.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis dari Baginda Rasullullah SAW..

Daripada Usamah bin Zaid RA, Nabi SAW bersabda :

Maksudnya : "Jika seseorang menerima kebaikan daripada seseorang yang lain kemudian ia mengatakan: 'Jazakallahu Khaira' (Semoga Allah memberi balasan yang baik kepada engkau) maka ia telah menyampaikan penghargaan yang tinggi"

Hadis Riwayat at-Tirmizi


assalamualaikum, salam ramadan almubarak... salam 1malaysia...

Apa kabar semua.. semoga chat dan kuat utk menjalankan ibadat terus di bulan pose ni.. jaga pose anda elok2.. jaga hati jgn lupa... panglima putih.. tq krn byk berjasa pada blog ku ini... tanpa dikau yg mulakan dulu buat perubahan, tidak akan ada perubahan demi perubahan...dan..
alhamdulillah.. dh maju blog teman ni hah...

Utk anda sume teruskan maju dalam diri sendiri, maju dari segala aspek, rohani, jasmani, spiritual, metal, semua la... bila dah maju, bersyukurlah kepada Nya... walau bermacam2 konterversi, jgn cpt emosi.. zaman fitnah sudah melanda.. berhati2 dapat berita.. ada yg btul
ada yg palsu..

Kepada pemuda pemudi, tunggak negara, jdikan kemajuan itu berteraskan keimanan dan ketakwaan, sabar hadapi hidup.. jgn leka, jgn lalai.. semoga selamat dunia Akhirat...

Salam dari ku utk anda...

XKLUSIF : 12 MELAYU DI GEREJA MCDC DIDEDAHKAN !! SEBARKAN

PENDAHALUAN

kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang islam di gereja yang dijalankan pada 2 ogos 2011 beralamat di dewan 3, damansara utama methodist church (dream center) jalan 13/1,seksyen 13 ,46700 petaling jaya ,selangor de.

LATAR BELAKANG

pemeriksaan dibuar berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan 'thanksgiving diner program itenary' seperti alamat di atas.

tindakan berdasarkan seksyen 10 enakmen jenayah syariah (negeri selangor) tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama islam.

siasatan juga dibuat mengikut enakmen agama bukan islam (kawalan perkembangan di kalangan orang islam ) negeri selangor tahun 1988.

program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan thanksgiving.

operasi ini disertai oleh 13 pegawai penguatkuasa agama jabatan agama islam selangor dibantu oleh sepasukan polis diraja malaysia seramai 20 orang daripada IPD petaling jaya dan sea park.

PERLAKSANAAN OPERASI

taklimat dibuat di pejabat jais pada jam 8.40 malam

bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.

tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke dewan 3.

jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.

semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.

anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.

anggota pdrm dan jais yang tela memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.

sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.

anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang islam hadir di majlis tersebut.

maklumat pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. anggota akhirnya memperolehi tentatif program. terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'alhamdulillah dan allahuakbar'.

terdapat juga satu borang kuiz islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.


sementara itu, anggota yang menjaga ointu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.

setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan.

12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) nadeane binti che mohd salleh (sofea) .
ic 79xxxx-01-6094

2) muhammad khairul dhillon bin abdullah
ic 69xxxx-08-6039

3) ina reima fitriza binti mahadzir
ic 85xxxx-71-5018

4) ade andrian putra bin mahadzir
ic 94xxxx-02-5609

5) nea reima mareana binti mahadzir
ic 90xxxx-02-5778

6) rasyidah binti abd razak
ic 77xxxx-01-5908

7)nur umrah binti abd razak
ic 95xxxx-01-6002

8) mohd haslan bin bob hasnan
ic 80xxxx-10-5045

9) faridah binti abdul rahman
ic 71xxxx-12-5478

10) nur al ashikin bt shaikh dawood
72xxxx-10-5072

11) faridah bt abdul latep
ic 72xxxx-71-5256

12) sahrunida bt assad
ic 81xxxx-08-6246

terdapat ibu bapa yang beragama islam membawa anak-anak kecil.

ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan islam.

peserta islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.

nyanyian 'alhamdulillah dan allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).

soalan kuiz islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;

- bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.

-baju yang dipakai oleh bukan islam adalah baju kebaya,kebangsaan dan kurung.

-cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.

-majlis diadakan di premis kristus.

-salah seorang peserta ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya. jawapannya 'i believe in god'.





FAKTA TAMBAHAN

tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.

(sebarkan fakta in kepada seluruh umat islam di malaysia ) PENTING !


Posted by GAP KEMBALI at 10:00 AM

Wednesday, 10 August 2011

Mereka pergi dgn senyum.. Allahu Akhbar..





Guru Silat diiktiraf dengan ijazah kedoktoran

KUALA LUMPUR, 29 MEI 2011 – Sebuah gabungan guru-guru seni beladiri Malaysia hari ini mencatat sejarah dengan menganjurkan Konvensyen & Konvokesyen Seni Beladiri yang pertama di sini, di mana ilmu dan usaha mahaguru-mahaguru seni beladiri selama ini diiktiraf dengan segulung ijazah kedoktoran.

Majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Cheras, itu dianjurkan Persatuan Guru-Guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) dan Akademi Seni Beladiri MAGMA, Universiti Terbuka Asia Pasifik dan dihadiri pengamal silat dan seni beladiri lain bagi meraikan pengorbanan guru-guru mereka mengembangkan ilmu kepada masyarakat.

Majlis itu dirasmikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan. Beliau memuji usaha MAGMA dalam memartabatkan seni beladiri ke tahap yang lebih akademik.

“Konvokesyen hari ini melambangkan bahawa ilmu seni beladiri, terutamanya silat kini diiktiraf dan akan terus terpelihara. Saya berdoa agar ahli-ahli MAGMA terus bersatu untuk memelihara dan mengembangkan ilmu serta disiplin perguruan dengan sebaik-baiknya dengan menjadikan majlis sebegini sebagai acara tahunan. Mudah-mudahan nama Malaysia akan terpahat dan diiktiraf sebagai destinasi terbaik pengamal seni beladiri dunia,” katanya dalam ucapan perasmiannya.

Seramai 20 graduan kedoktoran seni beladiri dan 4 graduan kedoktoran perubatan komplementari naik ke pentas bagi menerima gulungan ijazah mereka disaksikan anak murid dan ahli perguruan mereka. Di samping itu, juga terdapat 14 graduan ijazah sarjana, 6 graduan sarjana muda dan 9 graduan diploma, kesemuanya dalam bidang seni beladiri.

Antara graduan kedoktoran termasuklah, mahaguru Raja Aziz Raja Ali, pengasas Silat Kegayungan Acheh Helang Putih, grandmaster Tan Ghee Lip, pengasas Free-Style Martial Arts Self-Defence, mahaguru Dahlan Karim, pengasas Silat Setiabakti, sensei Ramlan Ahmed daripada Aikido Shudokan, sifu Alex Loh Oon Teik daripada Goh Chor Kung Fu, mahaguru Mohammed Hashim Mohammed Salleh, pengasas Silat Lian Padukan, dan master Shuhaizy Saad, pengasas Stealth Taekwondo.

Bagi melayakkan diri untuk program pengajian MAGMA itu, calon perlu melibatkan diri dalam perguruan seni beladiri bagi tempoh tertentu dan mengikuti kursus-kursus anjuran MAGMA di samping penulisan dan pembentangan tesis kajian seni beladiri. Hanya guru tertinggi dan terkanan dalam perguruan seni beladiri layak mengambil ijazah kedoktoran.

Antara acara menarik sepanjang majlis itu termasuklah pembentangan tesis graduan kedoktoran dalam bentuk demonstrasi praktikal dan penjelasan mengenai perguruan mereka.

Di samping itu, hadirin turut dikejutkan dengan penyampaian sijil penghargaan tertinggi kepada bekas Presiden Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT), Eddie M. Nalapraya atas usaha beliau mempromosi silat ke seluruh dunia.

Menurut Presiden MAGMA yang juga seorang graduan kedoktoran, Datuk Haji Baharom bin Haji Kamari, “MAGMA dilahirkan bagi memartabatkan guru-guru seni beladiri ke tahap yang tinggi. Pendekatan inilah yang tepat dan merupakan landasan yang kukuh yang akan melonjakkan MAGMA berjaya merealisasikan pemartabatan guru-guru seni beladiri,” kata beliau. Beliau turut melancarkan Akademi Seni Beladiri MAGMA, Universiti Terbuka Asia Pasifik yang akan dijadikan penggerak utama melahirkan graduan baru dalam bidang seni beladiri tidak lama lagi.

Dr Zam@Ab Razak Zamri, Ketua Pegawai Operasi Akademi Seni Beladiri MAGMA, Universiti Terbuka Asia Pasifik pula mengingatkan para graduan bahawa sebagai pengamal seni beladiri, mereka mempunyai tanggungjawab besar dalam pendidikan generasi rakyat Malaysia akan datang.

“Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh dengan sentiasa mengamalkan sifat jujur, amanah dan ikhlas dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada anda semua,” ucap beliau.

Tesis hasil kajian graduan akan diarkib bagi memulakan dan mengembangkan dokumentasi tempatan dalam bidang seni beladiri. Graduan lapisan pertama ini akan menjelajah ke seluruh Malaysia dalam tahun akan datang bagi mengadakan kursus dan melatih calon graduan barisan kedua di bawah naungan akademi MAGMA.

Mengenai MAGMA
MAGMA adalah singkatan Persatuan Guru-Guru Seni Beladiri Malaysia (Malaysian Martial Arts Grand Masters’ Association), badan gabungan tenaga pengajar seni beladiri seluruh Malaysia. Kini, MAGMA mempunyai keahlian merangkumi 45 perguruan yang berjumlah seramai 500,000 orang. Dengan kerjasama Akademi Seni Beladiri MAGMA, Universiti Terbuka Asia Pasifik, ia melancarkan program Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang Seni Beladiri, merangkumi pengajian pertahanan diri, kebudayaan, kesenian, sukan, jatidiri, perubatan dan lain-lain lagi.

Senaman Tua

Senaman Tua (ST) - an excerpt

salam 1malaysia...

Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.

Umar bin al`As

Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Khalifah Umar bin Abdul Azizi

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

Mu,az bin Jabal

Monday, 8 August 2011

Bismillah


Khasiat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Doa Nurun Nubuwah


Khatam Nubuwah


Merempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Oh nenek ku..

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Cita-cita aku nk jd.....mmmmm

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Bibik oh bibik

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

ibu dan anak

seorg emak sedang meleteri anaknya yg sememangnya malas. nama anaknya itu ialah amir(bukan nama sebenar). ikutilah perbualan meraka.

emak: amir, amir, kenapalah kau malas sgt nak buat keje? cuba kau tengOk kat semut yang ramai tu, bukan main rajin lagi.

amir: MAK TIPULAH , MANA ADA DIORANG TU RAJIN.

EMAK: NAPE PULAK?

AMIR: AMIR TENGOK , TIAP2 KALI KITA GI MALANCONG, MESTI DIORANG ADA, RAJIN KE TU.

EMAK: ALAHAI.......DENGAN SEDIHNYA BERLALU PERGI

Surat cinta untuk sayang...

Kekasih,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Madah hari ini...

Cinta yang dilahirkan dengan perasaan tidak akan menemui kebahagiaan. Sebaliknya ia akan memamah diri hingga menjadi tulang-temulang yang tidak berguna.

Usah disimpan bara dendam di hati. Kelak ia akan memakan diri sendiri. Usah disimpan kenangan di hati kerana ia membawa mati. Cinta ialah bukan satu permainan. Bila gembira ia membuatkan insan bahagia. Bila kecewa diri merana. Kerana itulah percaturan hidup. Yang jujur bahagia menanti. Yang berdusta memakan diri.

Cinta itu memang indah. Namun untuk menempuh dunia percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yang terindah. Namun insane terpaksa menghadapi badai gelora. Tiada cinta yang tiada penghalang. Cinta yang sejati payah sekali ditemui.

Bila seseorang mendustai cinta, hati mula terasa gelisah. Bila kekasih hati beralih arah, hidup mula merana. Tiada bererti lagi. Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa cintanya dihargai. Hidup pula senantiasa ditemani kebahagiaan sejati.

Tanamilah benih cinta, siramilah ia dengan kasih sayang berbajakan pengorbanan agar ia subur menjadi buah yang penuh kebahagiaan

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.

Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.

Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang

8 Ramadan...

Dh masuk hari ke 8 ramadan.. begitu pantas masa berlalu.. mggu pertama alhamdulillah selamat..
anda semua, terus kan perjuangan, byk kn amalan dan ibadat di bulan ni.. terus jaga hati elok2 comel.. pas raya kita mkn laksa... best nya....... angah oiii... blanja laksa..

Sunday, 7 August 2011

laksa oh laksa...


masih terbayang wajah comel ini.. minta laksa.. oh laksa..
dimana kau...

Tragedi Pulau Pangkor...


buat per tu haaa

Saturday, 6 August 2011

salam panglima putih

tima kasih panglima putih kerana sudi hadir ke blok sy yg xsebrapa ni.. almaklum la teman baru je lagi nk berjinak2 ngan blok.. tima ksih mama n dayang juga.. selamat datang... ke blog panglima merah .... jgn lupa ek bg makan ikan kat bawah ni...huhuhu

Friday, 5 August 2011

tunangku.... 5 Jun 2011....Keramat...


Dimajlis Pertunangan Ku... Siti Sarah Bt Ahamad