Followers

1malaysia

Tuesday, 15 November 2011

SubhanaAllah


SEBATANG BALAK DARI JENIS "OKOUME" DIDAPATI
MENGANDUNGI AYAT-AYAT AL-QURAN, DITEMUI DISEBUAH KILANG PAPAN DI ANKARA,
TURKI.
APA YANG MENAKJUBKAN AHLI SAINS DAN PAKAR AGAMA IALAH AYAT-AYAT YANG
TIMBUL DARIPADA URAT KAYU ITU DIDAPATI PADA SETIAP LAPISAN BALAK YANG DIBELAH.
ANTARA LAIN, TULISAN YANG JELAS DIBACA DALAM BENTUK "CUFIC ARABIC" ITU IALAH
"BISMILLAHIRRAHMANI RRAHIM MUHAMMAD".
TULISAN "CUFIC ARABIC" SAMA BENTUKNYA DENGAN AL-QURAN TULISAN SAIDINA OMAR
AL-KHATAB YANG DIANGGAP AL-OURAN BERTULIS PERTAMA DI DUNIA.TULISAN BENTUK
ITU WUJUD SEJAK 1,400 TAHUN LALU.
BEBERAPA SAINTIS DAN PAKAR AGAMA SEPENDAPAT BAHAWA AYAT YANG WUJUD PADA
KEPING PAPAN LAPIS ITU, MENGKAGUMKAN.
PENGUSAHA KILANG ITU, SENER AYKUL TELI BERKATA AYAT-AYAT AL-QURAN ITU DITEMUI
OLEH SEORANG PEKERJANYA SEWAKTU MFNGAWASI PROSES PEMOTONGAN PAPAN
LAPIS UNTUK DIJADIKAN PERABOT, PERTENGAHAN TAHUN LALU. SALAH SATU DARIPADA
BATANG KAYU ITU MENGHASILKAN TULISAN AYAT BERKENAAN. SEWAKTU DIBAWA KE
KILANG, PANJANG BALAK ITU IALAH 12 METER, MANAKALA DALAM BENTUK ASALNYA, IA
BERUKURAN 35 HINGGA 40 M ETER. TULISAN ITU TIMBUL SELEPAS KAYU ITU DI POTONG
SEPANJANG 4 METER DENGAN MESIN OUTOMATIK.
ENCIK AYKUL TELI YANG MENJADI ORANG KEDUA MELIHATNYA, BERKATA TULISAN AYAT
AL-QURAN ITU BERUKURAN KIRA-KIRA 3.4 METER PANJANG DENGAN LEBAR KIRA-KIRA 0.7
METER. KATANYA, SEKUMPULAN SAINTIS MENGESAHKAN BENTUK PERMUKAAN PAPAN ITU
ADALAH ASLI DAN TIDAK MUNGKIN DILAKUKAN OLEH MANUSIA. URAT PADA TULISAN
BERKENAAN TIMBUL DI PERMUKAAN PAPAN DAN BOLEH DIRASAI DENGAN TANGAN.
ENCIK AYKUL TELI BERKATA, KAJIAN AWAL PADA BATANG KAYU "OKOUME" ITU BERUSIA
60 TAHUN DAN BERASAL DARI GABON, AFRIKA YANG DIEKSPORT UNTUK DIPROSES DI
TURKI.
TURKI BERHARAP UNTUK MFNDERMA PADA NEGARA-NEGARA ISLAM TERMASUK
MALAYSIA UNTUK DIJADIKAN BAHAN PAMERAN.SETAKAT INI ARAB SAUDI, KUWAIT DAN
EMIRIYAH ARAB BERSATU SUDAH MENERIMA KEPINGAN PAPAN LAPIS BERKENAAN.
SEKEPING LAGI DIPAMERKAN DI MUZEUM TOPKAPI, ISTANBUL.

JOm TuTuP AuRaT....

Tutup Aurat Tapi....


GAMBAR-GAMBAR di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar..

Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda. Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan.



Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah


Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung


Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang!


Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung


Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!


DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!


Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat


KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

Posted by Ibnu Hasyim
Oleh papabran

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.." Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..." Jawapan: Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?" Jawapan: Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?" Jawapan: Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..? Jawapan: Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...