Followers

1malaysia

Friday 2 December 2011

Kelebihan Shalat Dua Rakaat Jibrail Dengan Shalat Dua Rakaat Umat Muhammad.



Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tatkala Allah ta'ala selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang paling bagus, dan menciptakan pula pula baginya enam ratus sayap yang panjangnya sayap itu antara timur dan barat, maka Jibrail memperhatikan dirinya sendiri kemudian berkata: 'Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makluk yang lebih bagus daripada aku?".

"Allah ta'aala menjawab: "Tidak". Maka Jibrail berdiri serta shalat dua rakaaat kerana bersyukur kepada Allah ta'ala dan tiap-tiap rakaat lamanya dua puluh ribu tahun. Setelah selesai shalat, maka Allah ta'aala berfirman: "Hai Jibrail, kamu telah menyembah kepadaKu dengan ibadat yang sungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadatmu; akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia dan yang Aku cintai, namanya 'Muhammad'. Dia mempunyai umat yang lemah lagi selalu berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan shalat dua rakaat yang hanya sebentar saja, mereka dalam keadan lupa dan serba kurang, fikirannya pun melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaKu dan ketinggianKu, sungguh shalat mereka itu lebih Aku sukai daripada shalatmu, kerana mereka mengerjakan shalat dengan perintahKu sedang kamu mengerjakan shalat tanpa perintahKu."

Kata Jibrail: "Yaa Tuhanku, apakah yang Engkau anugerahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?".

"Allah berfirman: Mereka Ku beri syurga Ma'waa/ sebagai tempat tinggal".

Maka Jibrail minta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa itu dan Allah pun mengizinkannya. Kemudian berangkatlah Jibrail dengan menebar seluruh sayapnya dan terbang. Setiap dia menebarkan dua sayapnya, boleh menempuh jarak perjalanan tiga ribu tahun dan ketika menelangkupkan pun dapat menempuh jarak yang sejauh itu. Maka dia pun sudah terbang seperti itu selama tiga ratus tahun lamanya sehingga letih lemahlah dia yang akhirnya turun singgah berteduh dibawah bayangan sebuahpohon dan sujud kepada Allah ta'aala seraya berkata mengucapkan didalam sujudnya: "Yaa Tuhan, apakah saya sudah merempuh didalam jarak setengahnya, atau sepertiganya atau seperempatnya?".

Allah menjawab: "Hai Jibrail, kalaulah engkau terbang tiga ratus ribu tahun, dan meski punlah Aku berikan kepadamu kekuatan seperti kekuatanmu yang sudah ada dan Aku beri pula beberapa sayap sebanyak sayap yang telah engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telahKu berikan kepada umat Muhammad terhadap imbuhan shalat dua rakaaat yang mereka kerjakan". (Misykaatul Anwaari)

Wednesday 30 November 2011

Suami Yang Adil


Sepasang suami isteri, Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga masing-masing.

Jenab berkata, "abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saya dan lebih menyayangi keluarga abang."

Lalu dengan selamba Ramli menjawab, "salah tu, buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri."

Cerita Malam Pertama...


Pasangan muda yang sama-sama masih dara dan teruna akhirnya menikah.
Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak ada yang mahu mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang harus dilakukan.

Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya, “papa, apa yang harus saya lakukan?”

“Telanjang dan naik ke tempat tidur,” jawab ayahnya.

Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya.

Si pengantin perempuan kaget setengah mati melihat kelakuan suaminya, dia kemudian bertanya kepada ibunya.

“Telanjang dan ikuti suamimu,” saran ibunya.

Setelah berbaring beberapa lama, si pengantin lelaki keluar kamar dan bertanya lagi kepada ayahnya, “apa lagi yang harus saya lakukan?”

Sambil menggeleng ayahnya menjawab, “lihatlah tubuh telanjang isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang paling keras ke tempat isterimu kencing.”

Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya kepada ibunya.

“Apa yang harus saya lakukan?”

Ibunya balik bertanya, “apa yang sedang dilakukan suamimu?”

Setengah mengeluh si pengantin perempuan berkata, “dia sedang membenamkan kepalanya ke dalam toilet.”

Tepung Naik Sendiri


Mak Esah menyuruh anaknya Ali ke kedai.
Mak Esah : Ali, engkau tolong belikan mak tepung naik sendiri kat kedai Pak Non.

Setelah hampir sepuluh minit menunggu anaknya di dapur, Mak Esah menjenguk ke ruang tamu.

Mak Esah : Laa, dah lama ke engkau balik? Mana tepung yang mak mintak engkau beli.

Ali : Dah lama saya balik, mak saja yang tak perasaan. Tepung tu ada kat atas tangga, pandai-pandai la tepung tu naik sendiri.

Mak Esah : Kenapa la bengap sangat anak aku ni?

Jom berjenaka pulok...

Ponteng Jumaat

Seorang lelaki islam ponteng sembahyang jumaat. Sebaliknya dia masuk ke hutan untuk memburu ayam hutan.
Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, dia berlanggar dengan seekor harimau yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK. Kedua-dua kakinya patah.

Jangan risau, ini bukanlah berita buruk okey. Ada lagi. Berita buruknya
adalah harimau tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

“Ya Allah,” doa lelaki tersebut, “ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku Ya Allah, makbulkan hajat ku ini. Jadikanlah harimau yang memburu aku Muslim yang beriman. Tolong Ya Allah. Aminnn.”

Tiba-tiba guruh berdentum. Harimau tadi terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit, harimau tersebut pun berdoa, “Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin.”

Friday 25 November 2011

Kisah Rasulullah SAW. Berpoligami




Berdasarkan buku Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Istri oleh Ustaz Cahyadi Takariawan:

1. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.

2. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun.

3. Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.

4. Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dengan puteri Abu Jahal. Kata Baginda,

“Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara keras, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar lewat dan terdengar suara pertengkaran mereka maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Nabi SAW keluar dan Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang menunaikan solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Apakah pantas kamu melakukan ini?” (HR. Muslim).

Daripada buku Aisyah Keunggulan Sebenar: Kisah di atas diriwayatkan oleh Muslim. Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian nabi masuk lalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab”. Nabi segera menarik tangannya. Aisyah dan Zainab bertengkar dengan nada yang tinggi.

Pada masa itu azan juga berkumandang. Abu Bakar yang sedang menuju ke masjid terdengar pertengkaran Aisyah dan Zainab. Abu bakar pun berkata, “Wahai pesuruh Allah, marilah kita ke masjid, lemparkan pasir ke mulut isteri-isterimu.” Nabi Muhammad pun keluar bersembahyang, Aisyah dengan cemas berkata, “selepas pesuruh Allah bersembahyang, mesti Abu bakar akan datang memarahiku.” Selesai sembahyang, Abu bakar benar-benar datang lalu memarahi Aisyah dengan keras, ‘Mengapa anakanda melakukan hal itu kepada pesuruh Allah?”

Kisah yang lain apabila Aisyah cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, bahawa Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan,

“Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim : 1-4)

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yang lain (daripada Hafshah).

Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.

Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.

Kisah Nabi Ibrahim iaitu kebencian Sarah terhadap Hajar sehinggakan Nabi Ibrahim terpaksa membawa lari dan meninggalkan Hajar di kawasan yang terpencil, jauh dari Sarah. Ibnu Abbas menceritakan, “Perempuan yg mula-mula mengenakan minthaq (pengikat pinggang) adalah Ummu Ismail (Hajar). Ia memakai minthaq untuk menghilangkan jejaknya terhadap Sarah.” (HR. Bukhari)

Kesimpulannya

Rasulullah berpoligami bukan untuk tujuan cinta atau seks dan nafsu. Baginda berpoligami setelah berumur 53 tahun dan semua isteri Baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah. ( Ada juga ulama mengatakan Maryam, seorang wanita mesir juga salah seorang isteri Nabi. Beliau seorang perawan dan melahirkan seorang anak, namun anak Nabi tersebut meninggal ketika bayi).

Anak-anak Rasulullah dibesarkan dalam suasana monogami. Ini satu fakta yang majoriti kita terlepas pandang akan hikmah dan rahsianya. Hanya Fatimah sahaja yg masih hidup sehingga waktu Rasulullah berpoligami. Itupun Fatimah sebenarnya seusia dgn Aisyah (sudah dewasa) ketika itu.

Kisah di atas menunjukkan para Ummul Mukminin juga wanita biasa yang mempunyai perasaan yang fitrahnya ada sifat cemburu. Allah sama sekali tidak memadamkan sifat sebenar mereka daripada al-Quran utk kita ambil iktibar. Jika para Ummul Mukminin yang mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat-sifat wanita fitrah kita?

Begitu juga tatkala Rasulullah pada asalnya cuba memujuk isteri baginda masa bila baginda berjanji untuk tidak akan ke rumah Zainab lagi, tetapi telah ditegur dan dinasihati oleh Allah SWT. Bayangkan Rasulullah sendiri membuat kesilapan tetapi mempunyai Allah dan para malaikat untuk memberi petunjuk secara terus dan telus. Siapa pula yang mampu menegur kita?

Rasulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan Fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dengan mana-mana poligami yang salah atau tidak kena tujuannya. Kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh diperkecil-kecilkan.

Disebut di dalam Quran, poligami Rasulullah di 10 tahun pemerintahan baginda yang penuh dengan peperangan dan penjajahan kawasan di mana pada zaman ini ramai janda dan balu. Tetapi, di dalam al-Quran dan Hadis tidak ada secara literal menyarankan atau menggalakkan poligami hanya disebabkan jumlah wanita ramai secara umum.

Keajaiban Ciptaan Allah SWT..