Thursday, 3 November 2011
Ibadah Qurban
PENYEMBELIHAN QURBAN
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yg dilakukan pd Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) & hari2i Tasyriq iaitu 11,12 & 13 Zulhijjah krn beribadah kpd Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yg kemudiannya disyariatkan kpd Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta2 itu sebhgn drpd syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yg banyak drpdnya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dlm keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebhgnnya & beri makanlah org yg rela dgn apa yg ada padanya (yang tidak meminta-minta) & org yg meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta2 itu kpd kamu, mudah2an kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)
"Maka dirikanlah solat krn Tuhanmu & berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)
Drpd Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yg bermaksud: "Tiada suatu amalan yg dilakukan oleh manusia pd Hari Raya Qurban, yg lebih dicintai Allah selain drpd menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pd hari kiamat kelak akn dtg berserta dgn tanduk2nya, bulu2nya & kuku2nya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dgn (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
HUKUM BERQURBAN
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas org yg memenuhi syarat2 spt berikut:
Islam
Merdeka (Bukan hamba)
Baligh lagi berakal
Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yg bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yg bernazar utk melakukan taat kpd Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
PERLAKSANAAN QURBAN
Binatang yg diqurbankan drpd jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yg berumur 2 thn, jika biri2 telah berumur sethn atau telah gugur giginya sesudah 6 bln meskipun belum cukup sethn.
Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yg hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kpdnya.
Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pd Hari Raya Haji & sesudah selesai solat 'Id & 2 khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pd Hari Raya Haji sehingga 3 hari sesuadah Hari Raya Haji (hari Tasyriq iaitu 11,12 & 13 Zulhijjah)
Daging qurban sunnat, org yg berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat 3 cara yg utamanya adalah mengikut urutan spt berikut:
Lebih utama org yg berqurban mengambil hati binatang qurbannya & baki seluruh dagingnya disedekahkan
Orang yg berqurban itu mengambil 1/3 drpd jumlah daging qurban, 2/3 lagi disedekahkannya.
Orang yg berqurban mengambil 1/3 drpd jumlah daging, 1/3 lagi disedekahkan kpd fakir miskin dan 1/3 lagi dihadiahkan kpd org yg mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."
HIKMAH DAN FADHILAT
Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
Mendidik jiwa kearah takwa & mendekatkan diri kpd Allah s.w.t.
Mengikis sifat tamak & mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
Menghapuskan dosa & mengharap keredhaan Allah s.w.t.
Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dgn golongan yg kurang bernasib baik.
Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yg bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu krn ia menjadi tunggangan kamu di titian pd hari kiamat."
HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH
Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban utk diriku krn Allah Ta'ala" & seumpamanya
Jika untuk tolong kpd org lain maka hendaklah berakad iaitu dgn 2 cara:
1) Secara wakil, maka org yg mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku utk menghasilkan penyembelihan qurban utk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Org yg menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil utk menghasilkan penyembelihan qurban utkmu (atau aqiqah utk anakmu...)." (PERINGATAN: Org yg menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan & tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kpd org lain).
2) Secara menyerahkan tanggungan dgn berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan utk menghasilkan penyembelihan qurban utk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dpt menyempurnakan tanggungjawab yg diterima, boleh diserahkan kpd org lain utk menyempurnakan penyembelihan utk org yg berakad tadi).
Daging qurban sunnat disedekahkan kpd fakir miskin atau dihadiahkan kpd org yg mampu dlm bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dgn masakan jenis manis spt kurma, kicap & sebagainya.
Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhgn utk qurban & sebhgn utk aqiqah.
Disunnatkan tulang2 binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh org yg mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).
Daging aqiqah atau qurban atau mana2 bhgn dari binatang (seperti kulit, tulang & sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kpd org yg menyembelih & mereka yg menguruskan pemotongan. Upah utk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dlm bentuk wang atau harta benda yg lainnya.
Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yg lain untuk memenuhi daging yg kurang itu.
Daging atau mana2 bhgn dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh org yg melakukannya.
QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI-RAMAI
Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan & org perseorangan menganjurkan majlis Qurban & Aqiqah secara beramai2. Pd dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua2 ibadah yg sangat dituntut dlm Islam (Sunnat Muakkad). Namun yg demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:
Pengurusan hendaklah dilakukan dgn betul, dgn penuh amanah & tanggungjawab.
Harga yg dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah & sebagainya jika memerlukan upah).
Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara org yg melakukan qurban atau aqiqah dgn pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).
rujukan: tanbihul_ghafilin.tripod.com/qurbandanaqiqah.htm
Lihatlah Dunia..
Tuesday, November 1, 2011
HUKUMAN BERZINA DGN ANAK SENDIRI RM 2000 SAHAJA?!! HASIL ZINA : DAPAT 3 ANAK !!!
KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.
Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.
Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.
Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.
Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.
“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.
“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.
Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.
Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.
Soal Hati
Rezeki termahal dalam hidup ini adalah hati yang yakin,
dan lahiriahnya patuh kepada Allah dengan istiqamah.
Kejayaan orang adalah yakin kepada Allah, tidak ada
keraguan dalam hatinya. Tidak bersedih hati. Kunci
yakin adalah hati yang bersih. Makin bersih dari
kemusyrikan, kemunafikan, dan cinta duniawi, hati
akan langsung merasakan keyakinan, hati peka, doa
mustajab, akhlak mulia, dan auranya tenang. Maka
jangan ukur kejayaan seseorang dengan duniawinya,
melainkan lihatlah sejauh mana keyakinannya yang
merupakan kurnia Allah tidak ada tolok bandingannya.
Sekuat tenaga mengarungi hidup, disusuli dengan
semangat kebersihan hati. Cari sahabat yang dapat
membantu membersihkan hati. Seperti kereta yang
tidak berfungsi whipernya pembersih kaca ketika
hujan lebat, maka dia akan risau. Bukan tiada jalan,
melainkan tidak dapat melihat jalan. Seperti itu pula
ketika kita melihat dengan mata hati yang tertutup
dosa. Oleh kerana itu, kembalilah kepada Allah,
seperti kaca yang bersih, maka akan tampak semua
yang ada, kerana tidak tertutup, seperti udara bagi
paru-paru ini, penyelesaian sesungguhnya terhampar
dekat kita.
by:♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*
Subscribe to:
Posts (Atom)