Wednesday, 30 November 2011
Suami Yang Adil
Sepasang suami isteri, Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga masing-masing.
Jenab berkata, "abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saya dan lebih menyayangi keluarga abang."
Lalu dengan selamba Ramli menjawab, "salah tu, buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri."
Cerita Malam Pertama...
Pasangan muda yang sama-sama masih dara dan teruna akhirnya menikah.
Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak ada yang mahu mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang harus dilakukan.
Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya, “papa, apa yang harus saya lakukan?”
“Telanjang dan naik ke tempat tidur,” jawab ayahnya.
Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya.
Si pengantin perempuan kaget setengah mati melihat kelakuan suaminya, dia kemudian bertanya kepada ibunya.
“Telanjang dan ikuti suamimu,” saran ibunya.
Setelah berbaring beberapa lama, si pengantin lelaki keluar kamar dan bertanya lagi kepada ayahnya, “apa lagi yang harus saya lakukan?”
Sambil menggeleng ayahnya menjawab, “lihatlah tubuh telanjang isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang paling keras ke tempat isterimu kencing.”
Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya kepada ibunya.
“Apa yang harus saya lakukan?”
Ibunya balik bertanya, “apa yang sedang dilakukan suamimu?”
Setengah mengeluh si pengantin perempuan berkata, “dia sedang membenamkan kepalanya ke dalam toilet.”
Tepung Naik Sendiri
Mak Esah menyuruh anaknya Ali ke kedai.
Mak Esah : Ali, engkau tolong belikan mak tepung naik sendiri kat kedai Pak Non.
Setelah hampir sepuluh minit menunggu anaknya di dapur, Mak Esah menjenguk ke ruang tamu.
Mak Esah : Laa, dah lama ke engkau balik? Mana tepung yang mak mintak engkau beli.
Ali : Dah lama saya balik, mak saja yang tak perasaan. Tepung tu ada kat atas tangga, pandai-pandai la tepung tu naik sendiri.
Mak Esah : Kenapa la bengap sangat anak aku ni?
Jom berjenaka pulok...
Ponteng Jumaat
Seorang lelaki islam ponteng sembahyang jumaat. Sebaliknya dia masuk ke hutan untuk memburu ayam hutan.
Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, dia berlanggar dengan seekor harimau yang sedang lena tidur.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK. Kedua-dua kakinya patah.
Jangan risau, ini bukanlah berita buruk okey. Ada lagi. Berita buruknya
adalah harimau tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
“Ya Allah,” doa lelaki tersebut, “ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku Ya Allah, makbulkan hajat ku ini. Jadikanlah harimau yang memburu aku Muslim yang beriman. Tolong Ya Allah. Aminnn.”
Tiba-tiba guruh berdentum. Harimau tadi terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.
Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit, harimau tersebut pun berdoa, “Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin.”

Subscribe to:
Posts (Atom)