Followers

1malaysia

Wednesday 9 November 2011

Apakah Hukuman Tukang Sihir ni.... Jom terjah..



Salam 2all

Ulama berbeza pendapat mengenai hukum terhadap tukang sihir. Sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa, tukang sihir hendaklah dikenakan hukuman bunuh berdasarkan hujah tertentu. Mereka berpegang kepada hadis Rasulullah yang bermaksud: Balasan ke atas tukang sihir adalah bunuh dengan pedang.

Malahan, Ummul Mukminin Hafsah pernah memerintahkan supaya seorang perempuan pembantunya, yang pernah menyihirnya, dibunuh. Ini kerana tukang sihir termasuk dalam golongan mereka yang melakukan kejahatan iaitu menyesatkan akidah manusia.

Imam Malik berpendapat, bahawa tukang sihir Muslim yang melakukan sihir dengan kehendaknya sendiri, yang membabitkan rangkaian kata kufur, hendaklah dibunuh tanpa diminta agar dia bertaubat. Ini kerana perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan hati, seperti mereka yang tergolong ke dalam golongan zindiq dan yang melakukan zina.

Ibn Al-Munzir pula berpendapat bahawa, seorang lelaki yang berikrar bahawa dia telah melakukan sihir yang membabitkan rangkai kata kekufuran, hendaklah dibunuh jika dia enggan bertaubat.

Imam Nawawi pula berpendapat bahawa, sihir adalah haram hukumnya dengan ijmak ulama. Barang siapa beriktikad bahawa sihir itu harus, maka dia adalah kafir.

Imam Abi Hanifah pula berpendapat, tukang sihir lelaki hendaklah dihukum bunuh manakala tukang sihir perempuan dipenjarakan.

Manakala Imam Syafie pula berpendapat, dosa tukang sihir tidak melebihi dosa syirik, padahal orang yang syirik dituntut agar bertaubat.

Satu lagi peraturan Islam mengenai sihir yang perlu diambil tahu ialah, sekiranya seseorang tukang sihir yang sudah kafir kerana tutur kata dan amalannya itu, memeluk Islam semula, pengIslamannya adalah sah dan taubatnya diterima. Ini terbukti dalam kes beberapa orang tukang sihir Firaun yang kembali beriman dan bertaubat, di mana Allah menerima taubat mereka.

http://www.perkahwinan.com/index.php?topic=1397.0


Satu athar yang diriwayatkan oleh Bujalah r.a. bahawa pada zaman Saidina Umar, beliau telah menetapkan bahawa hukuman bagi ahli tukang sihir ialah mati.

http://pisang--sydney.blogspot.com/


Riwayat at-Tarmizi, Jundub bin Ka’ab As-Sa’di, meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, bahawa dalam hukum Islam hukuman dari pengamal sihir adalah dipenggal dengan pedang.

Diriwayatkan Imam Al-Bukhari dalam sahihnya, daripada Bajalah bin ‘Abdah, berkata ‘Umar bin Al-Khattab: “…agar membunuh para tukang sihir.”

As-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab di dalam Kitab At-Tauhidnya berkata: “Telah sahih daripada Hafshah bahawa beliau memerintahkan agar membunuh budak yang menyihirnya.” Dan telah sahih pula daripada Jundub r.a.

As-Syeikh Abdul Rahman bin Hasan dalam Fathul Majid berkata: “Diriwayatkan pula yang menyatakan (tukang sihir harus dibunuh) daripada Umar, Usman, Ibnu Umar, Hafshah, Jundub bin Abdullah, Jundub bin Kaab, Qais bin Sa’d, dan Umar bin Abdul Aziz.”

http://drhalimahali.wordpress.com/2009/07/12/sihir-ilmu-hitam/

http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1056&Itemid=2 ( Memulangkan Sihir )

http://darulsaka.blogspot.com/2009/12/teknik2-lain-memulang-sihir.html ( Sihir dan Cara Melindugi Diri )

No comments:

Post a Comment