Tuesday, 25 October 2011
Allahu Akhbar, Pe nk jadi...
PELAJAR PEREMPUAN KELAR TERBURAI PERUT ANAK BARU LAHIR KECEWA DENGAN TEMAN LELAKI
Akhbar hariam metro hari ni melaporkan berita seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang bertindak mengelar bayi yang baru dilahirkannya kerana kecewa teman lelaki tidak menerima kandungannya itu..
Menurut laporan harian metro,pelajar tersebut mengelar bayi perempuan tersebut diasramanya di Betong pada waktu pagi..
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment