Followers

1malaysia

Monday, 31 October 2011

Hakikat NurMuhammad -asal kejadian


Keterangan berikut adalah suntingan dari kitab 'Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar' oleh Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه

Maka berkata Shaikhuna; tentang

Nur Muhammad (iaitu hakikat Muhammad) - atau ringkasnya asal kejadian.

Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukaiNya dan Semoga kamu memperolehi keredaanNya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman;

“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sabdanya:

“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakanNya sebagai ruh suci”.

“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
“Mula-mula Allah ciptakan akal”.

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم; kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah.

Dia dinamakan Nur, cahaya suci kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah.

Allah Yang Maha Tinggi berfirman;

قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِينٌ

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. - Al-Maaidah, ayat 15

Dia dinamakan aqal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya.

Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda صلى الله عليه وسلم menyatakan hal ini dengan sabdanya;

“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”.

Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh daripada roh baginda صلى الله عليه وسلم di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.Kejadian Insan berupa jasad dan ruh

Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

ثُمَّ رَدَدْنَـهُ أَسْفَلَ سَـفِلِينَ

“Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”. - surah Tin: 5

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam Lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘Roh Sultani' (ruh pemerintah)’.

Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’.
Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka pun menjadi ‘roh manusia’.

Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.

مِنْهَا خَلَقْنَـكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى

“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”. - surah Thoha: 55

Selepas peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan (iaitu tubuh dan dengan kehendakNya mereka pun masuk.

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى

“Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. - surah Shad: 72
Lupa Asal usul kejadian dan perjanjian

Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah dan daging dan lupa kepada asal-usul kejadian dan perjanjian mereka. Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya kepada mereka;

“Adakah aku Tuhan kamu?"

Mereka telah menjawab; "Iya, bahkan!.”

Mereka lupa kepada ikrar mereka itu. Mereka lupa kepada asal-usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali ke tempat yang asal mereka. Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun - sumber kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian hambaNya. Dia mengasihani mereka lalu Dia hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul untuk mengingatkan mereka tentang asal-usul mereka.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَى بِـَايَـتِنَآ أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَـتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ

“Dan Sesungguhnya Kami telah utuskan Musa (membawa) ayat-ayat Kami (sambil Kami mengatakan): hendaklah kamu keluarkan kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka kepada hari-hari Allah”. - surah Ibrahim: 5

Iaitu ‘ingatkan roh-roh tentang hari-hari di mana mereka tidak terpisah dengan Allah’.

Utusan Allah - menunjukkan jalan kembali kepada Allah!

Ramai rasul telah datang ke dunia ini, melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan dunia ini. Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia perutusan, peringatan serta menyedarkan manusia daripada kelalaian mereka. Tetapi mereka yang mengingatiNya, yang kembali kepadaNya, manusia yang ingin kembali kepada asal-usul mereka, menjadi semakin berkurangan dan terus berkurangan ditelan zaman.

Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan kelalaian. Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya untuk membuka mata manusia; iaitu membuka mata hati yang ketiduran. Tujuannya ialah mengejutkan manusia dari kelalaian dan ketidaksedaran dan untuk menyatukan mereka dengan keindahan yang abadi, dengan penyebab, dengan Zat Allah.

Allah berfirman;

قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِى أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِى

“Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku kepada Allah dengan pandangan yang jelas (basirah)” - surah Yusuf: 108

Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Baginda صلى الله عليه وسلم dalam menunjukkan tujuan kita telah bersabda;

“Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang di langit. Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar”.

Pandangan yang jelas (basirah) datangnya daripada mata kepada roh. Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir dengan Allah, yang menjadi sahabat Allah. Semua ilmu di dalam dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi.

وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

“Dan Kami telah ajarkan kepadanya satu ilmu dari siBergabung di dalam kafilah Kerohanian

Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak.

Wahai anak-anak Adam, saudara-saudara dan saudari-saudari!

Bangunlah dan bertaubatlah kerana melalui taubat kamu akan memohon kepada Tuhan agar dikurniakanNya kepada kamu hikmahNya. Berusaha dan berjuanglah. Allah memerintahkan;

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَـوَتُ وَالاٌّرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ - الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ وَالْكَـظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَـفِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan”. - surah Imraan: 133 -134.

Masuklah kepada jalan itu dan bergabunglah dengan kafilah kerohanian (tariqat ahli sufi) untuk kembali kepada Tuhan kamu. Pada satu masa nanti jalan tersebut tidak dapat dilalui lagi dan pengembara pada jalan tersebut pun sudah tidak ada lagi. Kita tidak datang ke bumi ini untuk merosakkan dunia ini. Kita dihantar ke mari bukan untuk makan, minum dan buang air. Roh penghulu kita menyaksikan kita. Baginda صلى الله عليه وسلم berdukacita melihat keadaan kamu.

Baginda صلى الله عليه وسلم telah mengetahui apa yang akan berlaku kemudian hari apabila baginda صلى الله عليه وسلم bersabda;

“Dukacitaku adalah untuk umat yang aku kasihi yang akan datang kemudian”.

Maka setakat di sini tamatlah petikan kitab...

Pengajaran dan catatan penting untuk renungan:

a. Nur Muhammad (hakikat Muhammad) - adalah makhluk Allah yang pertama di jadikan oleh Allah Ta'ala. Inilah pegangan yang sah daripada Ahlus Sunnah wal Jamaah.

b. Segala makhluk lain adalah dijadikan daripada Nur Muhammad.

c. Ruh seluruh manusia dari Adam a.s sehingga manusia terakhir telah dijadikan oleh Allah dan berada di alam lahut. Apabila seseorang ditaqdirkan untuk lahir ke muka bumi, maka rohnya akan ditiupkan ke dalam rahim ibunya. Inilah maknanya Allah menurunkan manusia ke alam paling rendah. (alam ajsam, alam kebendaan).

d. Keterangan ayat Qur'an .... “Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. (Al-Maaidah: 15) adalah bukti Nur Muhammad sebagai kejadian asal bagi segala makhluk, sebagaimana tafsir ulama Ahlus Sunnah.

e. Manusia wajib mencari jalan kembali kepada Allah dengan mengikut perintah Nabi صلى الله عليه وسلم zahir dan batin. Ketika diri zahir Nabi tiada lagi di dunia nyata, maka wajib mencari para pewaris Nabi yang meneruskan 'risalah' kenabian. Mereka wujud pada setiap zaman dan akan tetap wujud sehingga ke hari kiamat! si Kami (ilmu laduni)”. - surah Kahfi: 65

Syabas utk wanita ini...




Trent pakaian moden, adus....

Zalimnye.. MasyaAllah... Allahu Akhbar..

Pabila pemimpin kita sibuk ber' facebook '

Lukisan Keluar dari Kertas?





Qatar World Cup 2022 Stadium





mawar oh mawar


Seorang gadis cantik sedang berdiri dalam sebuah bas.

Gadis itu memakai baju ketat tanpa lengan dan di sekitar bahunya ada sebuah tatoo berukir sekuntum bunga mawar.

Seorang pemuda berdiri di sebelahnya berkata pada gadis itu, "adik bunga mawarnya cantik sangat."

Gadis itu diam saja.

Pemuda itu berkata lagi, "boleh saya cium bunga mawarnya?"

Gadis itu tetap saja diam.

Untuk kesekian kalinya pemuda itu berkata lagi, "boleh tak saya cium mawarnya?"

Kerana dari tadi pemuda itu tak berhenti meminta,

gadis itu berkata, "sebelum kamu cium bunga mawar ini, kamu cium dulu akarnya," sambil mengangkat tangannya ke atas dan memperlihatkan bulu ketiaknya yang lebat.

mmmmm anda sangup...

cuit hati


Lelaki - Saya Nk Kawin Ngan Awak

Pompuan - Awak Ade Mercedes Or BMW?

Lelaki - Takde

Pompuan - Awak Ade Banglo?

Lelaki - Takde

Pompuan - Berapa Gaji Awak?

Lelaki - Saya Takde Gaji...

Pompuan - Kalo Mcm Tu Mcm Mana Awak Nk Kawin Ngan Saya,
Sebab Semua Yang Saya Nk Awak Takde.
So Awak Tak Boleh Membahagiakan Saya.
So Saya Tak Nak Kawin Ngan Awak.
Awak Boleh Cari Pompuan Lain

Lelaki - Saya Betol2 Sayangkan Awak Dan Akan Bahagiakan Awak.
Saya Janji Saya Akan Jd Lelaki Yg Awak Boleh Harapkan Dan Setia.
Kenapa Awak Tanya Semua Tu,
Tak Kan La Sebab Tu Awak Nk Tolak Pinangan Saya?

Pompuan - Sebab Awak Miskin

Lelaki - Tak Per La Kalo Mcm Tu,
Mungkin Xde Rezeki Saya Untuk Memperisterikan Awak.

Tapi...Sebelum Tu Saya Nak Tanya Awak....

- Saya Ade 1 Ferrari Dan 3 Porsche. So Apa Perlunya Beli BMW?

- Saya Ade 3 Villa Kenapa Nk Kena Beli Banglo?

- Dan Saya Yg Bayar Gaji Pekerja, Mcm Mana Saya Nk Ade Gaji? Kalo Untung Tu Ade La

Kalo Mcm Tu Tak Per La. Saya Akan Cari Pompuan Lain

Bye....

Pompuan- ....... ?????......

Majlis Fatwa tntg ASB dan ASNB...


Jangan cuba menghalal kan sesuatu yang haram..
Fatwa di keluar oleh Ustaz/Ulama yang memang pakar dalam hal ni...
Org yang menolak fatwa...Nauzibillah.....minta dijauhi....

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

Keputusannya :

" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah

Keputusannya

" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan, sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut."

Shares/ Saham PNB
Jika tak tahu jugak antara kompeni yang tersenarai tu syariah ker tak.. Beli surat khabar THESTAR.. buka bahagian shares.. kat situ dia ader tick kan kompeni mana yang LULUS SYARIAH dan YANG MANA TAK..

So kepada sesiapa yang nak cari yang halal.. Boleh bandingkan nama kompeni yang PNB invest ngan suratkhabar.. Bursa Malaysia ade buat revision yang terbaru tahun lepas dan mereka dah keluarkan mana kompeni dalam bursa yang lulus syariah dan yang mana tidak..

So kalau korang pernah biasa beli STOCK BURSA MALAYSIA.. ader cara untuk tahu camner STOCK TU LULUS SYARIAH KER TAK..

Kepada sesiapa yang dah melabur dalam PNB punya saham.. Ambil jer penyata tu.. Pas tu tgk kompeni mana yang mereka INVEST.. PAS TU CUBA BANDINGKAN NGAN DALAM SURAT KHABAR.. SAMADA LULUS SYARIAH KER TAK...

Pinjam duit bank untuk sertai ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia.

Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Seruan tu banyak.. tapi hidayah tu susah nak sampai.. Sebab hidayah tu datangnya dari ALLAH..

Selamat Daripada Seksaan Api Neraka Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab.

Jawab Rasulullah SAW:

"Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya.

Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari.

Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"

(Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

assalamualaikum wbt....

salam 2 all...
apa kabar pagi ini, semoga anda semua chat walafiat selalu, beserta iman di dada, cekal menghadapi pelbagai rintangan dan ujian kehidupan seharian...
Bertakwa pada Allah, jangan tinggal solat.. apapun, Selamat Hari Raya Aidiladha...

Friday, 28 October 2011

weeiii... ular makan biawak tuuuu...












besar selera nya... huhuhu..




Selamat pagi...

salam 2 all.. apa kbr.. arini jom kite terjah adat orang india mengenai perempuan.... slmt membaca..:-)

Bagi yang begitu terpengaruh dan asyik dengan cerita Hindi sehingga memperbesar-besarkan India, saya ingin utarakan salahsatu budaya yang sangat penting di sana. Jangan mudah sanjung sesiapapun tanpa pengetahuan lebih mendalam.

Saya ingin ketengahkan akibat budaya yang mewajibkan wanita membayar dowry ( mas kahwin ) kepada keluarga suami seperti yang diamalkan di India.

1. Kelahiran anak perempuan dianggap sebagai celaka - sehinggakan ramai di kalangan wanita Hindu dinamakan Na-Kusa atau Na-Kushi yang bermakna "Tidak DiKehendaki". ( baca di sini http://news.yahoo.com/285-indian-girls-shed-unwanted-names-122551876.html ).

2. Seramai 10 juta bayi perempuan baru lahir dibunuh oleh keluarga miskin, kaya mahupun terpelajar. Walaupun banyak peningkatan dari segi akademik, namun BUDAYA BURUK INI MENGATASI AKAL MEREKA. ( baca di sini http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/10/201110415385524923.html

3. Oleh itu, kerajaan India telah mengharamkan Ultra-sound untuk melihat jantina bai dalam kandungan. Namun begitu, masalah pembunuhan bayi perempuan masih berleluasa. ............ Budaya ini begitu kukuh ......... http://dieurope.com/articles/e-news/details/article/indian-state-considers-portable-ultrasound-ban/index.html

4. Akibatnya kini lebih ramai lelaki dari wanita. Nisbahnya kini ialah setiap 1,000 lelaki seramai 917 wanita. Pada tahun 2020 ia akan menjadi lebih buruk lagi. Banyak kawasan di India akan menghadapi kekurangan wanita sehingga 30%. ( baca di sini http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/10/201110415385524923.html )

5. Hasil budaya buruk ini adalah seperti berikut :
-> penculikan perempuan dari lokasi lain untuk dikahwinkan
-> penjualan anak-anak perempuan kepada sindiket
-> penjualan wanita-wanita Nepal dan Bangladesh sebagai hamba seks
-> kegiatan sindiket pelacuran meningkat di seluruh India
-> peningkatan penyakit kelamin dan kes HIV/AIDS
-> India di dalam kedudukan Nombor 2 di dunia yang mempunyai HIV paling ramai, iaitu 5 juta orang kini. http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/4055143.stm
-> isteri dipaksa menjadi hamba seks untuk adik-beradik suami ( baca di sini http://news.yahoo.com/wife-sharing-haunts-indian-villages-girls-decline-083401584.html )

Pusingan Budaya Zalim ini sudahpun lengkap :

Budaya Wanita Bayar Mas Kahwin -> Di Anggap Celaka -> Di Bunuh -> Kekurangan Wanita -> Penculikan -> Pelacuran -> Peningkatan Penyakit Kelamin -> Isteri Menjadi Hamba Seks Keluarga Suami.

Hanya menanti ketibaan jutaan anak-anak yang sakit mental hasil perkongsian isteri. Belum ada data penyelidikan lagi.

Bersyukurlah :

-> Syukur dengan kedatangan Rasulullah yang membawa sejahtera dengan SunnahNya.
-> Syukur dengan hak Wanita Muslim yang telah dimartabatkan oleh Allah dan RasulNya.
-> Syukur kita masih lagi berbudaya Muslim, di mana Suami Membayar Mas Kahwin.

Thursday, 27 October 2011

Happy Deepavali..

Salam 2 all...
mrning n selamat pagi, hppy deepavali utk yg menyambutnye.. yg xmenyambut nye, ayuh mari kite sama2 jg hati masing2, jgn sakiti hati kwn2 kite, jiran kita, n rakyat malysia khusus nye, xkire apa jua pandangan, apa jua bangsa dan fahaman. Di malaysia, sume dah sebati, melayu itu islam, islam tu melayu, ada gak segelintir melayu tu bkn islam, n ada juga yg melayu itu islam tp keluar dari islam... yg masuk islam lak pelbagai bangsa, pelbagai keturunan, sebab islam adalah utk semua.
Melayu yg lahir dh islam, jadilah melayu yg betul2 melayu dan yg betul2 islam, jagalah adab org melayu, tertib, sopan santun, berbahasa, hormat org tua,. Dalam islam lak, jaga n pertahankanlah islam tu sebaik mungkin, bermula dari dalam diri sendiri, tampilkan imej seorg islam yg sejati, xsemesti nye islam sejati tu perlu berjanggut, berserban.. tapi dari segi perwatakan, kelakuan, yg islam ajar ikut, Rasullah dh bepesan, Rasulullah dh ajar, iaitu itu hidup dengan 'kesederhanaan', jgn berlebih sgt, sampai susahkan diri sendiri, jgn terkurang sangat sampai xtau agama.. Biarlah sederhana, tapi mantap. Rukun Iman 6 perkara kene jaga elok2, faham betui2, bkn setakat faham sebagai asas, tapi faham utk dijadikan pakaian seharian,jgn ambik sikit, yg lain tinggal.
Islam xsusah, Islam tu mudah,Islam itu Indah,cantik, jgn kotori Islam tu dgn sikap yg bukan2, mengarut,apabila xtau tntg islam, cari guru dan belajar, guru yg bertauliah, guru yg betul2 guru,. utk apa tauliah, utk memastikan pengajaran yg disampaikan itu betul, yg tidak menyimpang, takut nanti, klu tersilap ajar, almaklum la manusia byk kekurangan, n yg belajar lak salah faham, xke haru nanti.. Mana yg baik, ambik sebagai ilmu, yg xbek ambik sebagai pengajaran, dah belajar, hidupkan ilmu itu dalam diri kita, xbanyak tapi ada dalam diri sendiri, sebagai contoh rukun Iman tu,salah satu nye percaya pada Allah, tanam dalam diri kite, setiap apa jua berlaku itu adalah ketentuan Allah.. yakin.. sebab tu setiap perbuatan mula kan ngan 'BISMILLAH'.
Dalam rukun Iman ada 6 perkara, sume ikt urutan, cuba kita perhatikan, kenapa rukun iman yg ke-6 tu iaitu percaya pada qada' n qadar letak yg terakhir sekali,sebab itulah yg sukar utk kite terima di semua kejadian, peristiwa yg berlaku. Sekadar contoh, seorang pelajar dah berusaha berlajar sungguh2 utk exam, dengan solat hajatnya, baca yasin tahap gaban, tapi last2 dia fail, xlulus exam dan die pun kecewa, putus asa. Tetapi, andai kata dalam diri dia tersemat sepnuhnya rukun iman tadi, dia akan pastikan berkata, ini adalah ujian Allah dalam ketentuanNya, qada' n qadar Allah dan die redho, hilanglah sedikit kekecewaannya. Belum lagi bab yang putus cinta, nak bunuh diri pun ada. Nasib dan takdir boleh diubah dengan doa, usaha.. selebihnya tawakallah pada Allah dan redholah, cakap senangkan tapi itulah hakikat..ceria2 selalu..
Waallahu A'alam..

Tuesday, 25 October 2011

Ketika Cinta Harus Memilih


Ketika cinta harus memilih untuk mempertahankan atau berpisah, kemudian memilih mempertahankan maka kekuatan dan kesabaranlah yang mampu membawa keluarganya kembali utuh. Cinta mengatasi luka, derita dan air mata. Kekuatan cinta justru diuji disaat orang dicintai berkhianat akhirnya justru menyesal dan kembali kepada keluarganya. Itulah yang terjadi pada seorang ibu rumah tangga yang memiliki tiga anak. Disaat rumah tangganya memasuki usia ke sepuluh tahun, parahara itu datang. Suaminya lupa diri, kariernya sedang menanjak, pulang selalu malam hari. Sholat selalu ditinggalkan. pertengkaran tak terhindarkan. Mereka memutuskan berpisah. Ibu bertugas menjaga anak-anaknya sementara suaminya bertanggungjawab memberikan nafkah setiap bulannya.

Setelah mereka berpisah, ada seorang teman mengajaknya bekerja diperusahaan garment. Meskipun sebagai orang tua tunggal menjaga anak-anak merupakan kebahagiaan bagi dirinya sebab bisa terhindar dari kekecewaan hati yang ditimbulkan akibat ulah suaminya. Namun dalam kesendiriannya bersama anak-anak merasakan kecemasan dan terserang insomnia, sering tidak bisa tidur malam. Ditengah kegelisahannya itulah kehadiran ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh agar Allah berkenan mengembalikan keutuhan keluarganya. Allah Maha mendengar, disaat dirinya sudah putus asa, harapannya agar keluarganya rukun kembali seolah menjadi nyata. Dirinya melihat perubahan anak-anak yang cuek terhadap penderitaannya seolah mengerti apa yang sedang dirasakannya, anak-anak menjadi penurut dan baik.

Bahkan suatu hari dirinya bertemu kembali dengan sang suami, melihat perubahan sikap dan perhatiannya, suaminya mulai berusaha mendekatinya kembali, menyesali perbuatannya telah meninggalkan dirinya dan anak-anaknya. Akhirnya selama setahun perpisahnnya, kehidupan rumah tangga dapat dipulihkan kembali. Mereka sepakat untuk bersatu kembali dengan berharap keridhaan Allah. 'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, Engkau satukan kami kembali dalam kebahagiaan keluarga kami. Hanya kehendak Engkaulah yang merekatkan keluarga kami menjadi bersatu.' tuturnya, terlihat air mata yang mengalir. Malam itu terasa indah karena hatinya dipenuhi kebahagiaan.

---
"Apabila seorang suami memandang istrinya dengan kasih sayang & istrinyapun memandang dengan kasih sayang maka Allah memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Bila suami memegang telapak tangan istrinya maka dosa-dosa keduanya berguguran dari celah jari tangan keduanyanya." (HR. Rafi'i)

Laillahaillallah

Ucapan Laillahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu" baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak terlepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allahu Akhbar, Pe nk jadi...


PELAJAR PEREMPUAN KELAR TERBURAI PERUT ANAK BARU LAHIR KECEWA DENGAN TEMAN LELAKI
Akhbar hariam metro hari ni melaporkan berita seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang bertindak mengelar bayi yang baru dilahirkannya kerana kecewa teman lelaki tidak menerima kandungannya itu..
Menurut laporan harian metro,pelajar tersebut mengelar bayi perempuan tersebut diasramanya di Betong pada waktu pagi..
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

Nasib Pemimpin Islam...








Apa kata Mufti Perak...


SHAH ALAM 22 Okt. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberikan ingatan bahawa kelemahan dan perpecahan umat Islam yang berlaku hari ini menyebabkan ada pihak yang berani memesongkan akidah penganutnya, selain menghina agama tersebut sedangkan sebelum ini Islam begitu dihormati.
Beliau yang menjadi tumpuan kira-kira 10,000 peserta Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) sebagai pemidato terakhir mengimbas kembali bagaimana kekuatan orang Melayu yang tetap berpegang teguh dengan agama mereka meskipun ketika dijajah selama 500 tahun.
Malah beliau menyatakan, orang Melayu juga diberikan keistimewaan oleh Allah sebagai bangsa yang mempunyai kefasihan apabila dapat menguasai bacaan ayat suci al-Quran meskipun kitab suci itu diturunkan dalam bahasa Arab.
“Dalam semangat yang masih ada hari ini kita perlu pertahankan Islam. Bangsa Melayu adalah bangsa yang istimewa kerana Melayu dikaitkan dengan Islam sehingga ia membawa kepada pengertian dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kedatangan pendakwah ke Tanah Melayu menyebabkan orang Melayu menjadi Islam dan kedatangan Islam membolehkan orang Melayu membina empayar berasaskan kepada undang-undang Islam di Perak, Pahang dan Terengganu,” katanya pada perhimpunan tersebut di Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Menurut beliau, sejak zaman penjajahan lagi, kuasa kuffar tidak henti-henti berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Tanah Melayu termasuk dengan mengadakan pelbagai muslihat.
“Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang Melayu semakin lemah. Kerana kelemahan itu, Islam yang satu ketika dahulu dihormati, (telah diganggu-gugat oleh) mereka (yang) berusaha memesongkan dan menghina kita,” katanya.

sampaikan walau sepotong ayat.

Hadis yang Menarik


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri
lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia
stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke ..
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

Monday, 24 October 2011

Pesan guru....

Salam 2 all... selamat pagi, Semoga sihat ceria2 selalu.. yg bekerja, kerja ngan sungguh2, berdedikasi... yg belajor, jgn kuat memonteng, yg dh abis belajor, jgn lupa praktik kan ilmu itu, jgn simpan tapi sampaikan.. pesan baginda rasulullah, sampai kan pada aku walau sepotong ayat. Dh ada ilmu, gunakan sebaik mngkn, jgn taksub, jgn riak, rasulullah dh berpesan, jalani la kehidupan yg sederhana, jgn daif sgt, jgn menonjol sesangat2... mmm sekarang aku dok KL, ada sapa2 nk blajor silat x... klu ada sila hubungi aku.. inshaallah, akn teman ngajor sebaik mgkn.. apa pn jga solat... waallahu a'lam..

Wednesday, 19 October 2011

jom selamatkan akidah kita

Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah. Percubaan untuk menghimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.

Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan.

Perhimpunan yang bertemakan “Selamatkan Akidah”, secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka. Saya difahamkan bahawa sekretariat HIMPUN telah berjumpa dengan beberapa orang mufti untuk memohon restu. Para mufti bersepakat bahawa keperluan persoalan aqidah perlu ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

Kita sebagai umat Islam mesti memberikan sokongan padu ke atas niat murni ini, jika kita benar-benar sayangkan agama Islam dan negara tercinta, yang berasaskan sistem kenegeraan Melayu. Jangan biarlah negara ini menjadi Singapura yang kedua. Begitu juga dengan Pulau Pinang. Ia mesti dipertahankan sehingga titisan darah yang terakhir. Jika tidak, kita akan menyesal dan dikutuk oleh generasi akan datang kerana gagal mempertahankan kalimah yang mulia ini.

Tujuan HIMPUN amat murni untuk mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Perlu diingatkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang paling beruntung di dunia ini berbanding dengan umat Islam di negara-negara lain. Melayu dan Islam dilindungi oleh perlembagaan. Islam itu, Melayu itu Islam. Lebih istimewa lagi yang memeluk agama Islam, pun boleh dikira sebagai Melayu mengikut perlembagaan, walaupun bukan Melayu dari segi keturunan. Bermakna, saudara Muslim juga tidak boleh murtad setelah memeluk Islam. Apatah lagi orang Melayu. Inilah peruntukan yang tidak ada dalam dunia. Begitulah beruntungnya umat Islam di negara bertuah ini.

Namun, sayangnya murtad tetap juga berlaku. Bukan Islam begitu berani memurtadkan umat Islam walaupun ia tidak dibenarkan sama sekali. Insiden yang dalam majlis Gereja Katholik Damansara Utama (DUMC) begitu mencabar sama sekali wibawa agama dan umat Islam. Kita mesti bangun sebelum nasi menjadi bubur.

Menurut statistik, setakat ini hanya 168 permohonan murtad diluluskan. Menurut sumber lain jumlah permohonan murtad sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang. Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang. Menurut Pawanchek Merican, jurucakap Persatuan Peguam Muslim, Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam. Saya amat yakin jumlah ini jauh lebih besar daripada yang sebenar kerana menurut Mufti Perak, lebih 260,000 telah dimurtadkan. Gerakan memurtadkan umat Islam telah lama berlaku. Apa yang penting bukannya angka, tetapi percubaan dan keberanian mencabar kedaulatan agama Islam. Kita tahu, tetapi buat-buat tidak tahu.

Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.

Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan plan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul nanti sebagai mercu tanda, adalah gereja terbesar di Asia. Itupun mereka masih terus mendesak dan memohon kerajaan membenarkan mereka mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam, di kawasan yang mereka amat minoriti. Apakah kita masih buta? Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukuplah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves. Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar sebagai sebagai Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan tujuh wasiat raja-raja Melayu itu?

Sebagai umat Islam kita sepatutnya menjunjung kasih titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, yang disampaikan mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama bulan lalu. Antara intipati utama yang terkandung dalam titah diraja baginda ialah supaya umat Islam di negara ini menghayati semangat bersatu padu khususnya dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Dengan mengambil contoh bagaimana warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, para akademia dan pelbagai organisasi, telah bersatu suara dan tindakan, atas nama mempertahankan maruah dalam isu novel Interlok yang dianggap menghina kaum mereka. Hasil kesatuan ini, tuntutan mereka berjaya membuahkan hasil dan semangat bersatu padu inilah yang wajar dijadikan iktibar. Menurut baginda lagi, kelemahan umat Islam yang semakin terserlah menyebabkan pihak-pihak lain bertambah angkuh, dan toleransi umat Islam terus dicabar. Akibatnya, pencerobohan-pencerobohan bentuk baru telah berlaku seperti pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama menjadi ‘hak eksklusif’ kepada umat Islam.

Menurut Raja Nazrin lagi, pada ketika umat Islam hari ini dilihat berada dalam kemelut taksub untuk meraih kuasa dan pengaruh politik sehingga sanggup menggadaikan prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. Ketaksuban politik di kalangan umat menyebabkan mereka bergembira melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan menjadi puntung-puntung arang.

Ingatlah wahai saudaraku, ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya survival parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri. Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan mem¬bina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti.

Menurut Pahrol Juoi, parti yang kuat tidak menjamin bangsa yang kuat, kerana perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara, tidak boleh berhenti walau apa pun masalah yang melanda parti. Ambillah iktibar dengan apa yang telah berlaku di sekeliling kita kerana Allah SWT mengingatkan kita supaya mengambil iktibar daripada sesuatu peristiwa yang berlaku.

Misalnya, Parti Kongres boleh ditinggalkan apabila rakyat India melihat Kongres hilang upaya oleh masalah dalamannya. Parti Kao¬mintang yang begitu berjasa, ditinggalkan oleh rakyat Taiwan apabila dilihat kurang demokratik terhadap pandangan generasi baru negara. Begitu juga Golkar di Indonesia, Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun dan di mana-mana jua. Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat.

Di sinilah terletaknya ke¬matangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam, mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerja¬sama dengan mana-mana pihak, sama ada pihak NGO, parti politik (kerajaan atau pembangkang), organisasi kor¬porat dan sebagainya tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Yang penting matlamat tercapai, survival bangsa terjamin. Apabila mereka menjadi kuat, amat sukar untuk tergugat dan digugat. Akibatnya, kita terpaksa tunduk disebabkan oleh kekuatan mereka.

Titah Raja Nazrin agar Majlis Agama Islam di bawah payung naungan Raja-Raja Melayu berada di barisan hadapan bagi memenuhi peranan kritikal ini perlu dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Begitu juga titah Sultan Selangor yang mahukan peneraju dan kakitangan penguatkuasaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya jangan terus bersikap “mengalah” atau apologetik ketika berhadapan dengan sebarang percubaan untuk melunturkan akidah orang Islam.

Bukan Islam sengaja mahu mencabar Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 dipayungi oleh Fasal (1) dan (4) Perkara 11 perlembagaan persekutuan tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada umat Islam. Sesungguhnya, tiada kompromi dalam soal akidah.

Pun begitu langkah preventif pada masa sama mesti diambil. Umat Islam tidak boleh terlalu dilekakan dengan hiburan. Akidah mereka mesti diperkemaskan dan diperhebatkan. Baru-baru ini saya menghadiri taklimat sebuah pertubuhan HIV/AIDS. Nampaknya, kita terlalu tunduk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sehingga soal istilah pun kita masih mengalah. Misalnya, istilah pelacur tidak boleh digunakan tetapi digantikan dengan pekerja seks. Seks selamat menggantikan istilah seks bebas atau seks luar nikah. Apa erti semuanya ini? Amat jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu melunturkan akidah umat Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita.

Ayuhlah, tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, kita sebagai umat Islam perlu zahirkan tindakan dengan tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita pada 22 Oktober ini. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita lagi. Selamatkan akidah umat Islam!

Utusan Malaysia 17 Oktober 2011
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sejarah Tercatat...

salam 2 all...
waaaa dah lama diri ku x update.. mesti kalian rindu pada ku kan... kini panglima merah kembali.
kembali bawa sejarah hidup ku yg baru tercatat..tercatat dgn penuh dramatis, pnh dgn keceriaan.. 15 0kober 11 persamaan 17 zulkaedah 1432..
pertabalan Guru Utama telah berlangsung, tnpa di duga, tanpa terlintas di pemikran.. itu lah hari bersejarah buat panglima gayung ghaib yg bertuah.. mereka ialah:-
1. panglima merah (aku la tu)
2. rosdi bin shukor
3. ahmad zaidi
4. zulhilmi -guru utama muda... (xlama lagi tua la tu..)
dan mereka yg akan menyusul kemudian.. tahiah di ucapkan...
Guru Terutama dan bonda tq atas tunjuk ajar.. pada sekali yg len, ayuh mari kita martabat kan seni warisan kita.. sahabat ku seperguruan, teruskan perjuangan, walaupun kite berbeda pendapat, tapi tetap menjujung satu pegangan, satu semangat jiwa bangsa, satu iktikad di hati, satu matlamat di kejari, satu impian yg pelu di laksana kan, satu amanah yg di berikan pelu dilaksanakan..pesan baginda Rasulullah, sentiasa dlm keadaan kesedehanaan.. pesan guru jgn lupakan..
salam dari ku utk bangsaku...